Your Community Bookstore
10
Roman | Sayap-Sayap Patah dan Kumpulan Cerita Jiwa Berontak
RM19.80 RM22.00
Roman | Sayap-Sayap Patah dan Kumpulan Cerita Jiwa Berontak
Price RM19.80 RM22.00
Product SKU 9789671490174
Brand Roman
Size (L x W x H) 15 cm x 2 cm x 18 cm
Availability Out Of Stock
Description

“Selma Karamy mengajar aku memuja keindahan. Aku memahami rahsia cinta melalui kasihnya padaku. Dialah yang pertama meratibkan padaku puisi kehidupan.”

Sayap-sayap Patah adalah sebuah cerita cinta tragis berlatarkan Beirut. Ia tentang seorang pemuda yang bertemu dan jatuh cinta dengan seorang perawan jelita bernama Selma Karamy. Meski cintanya berbalas, Selma telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihannya.

Bolehkah cinta yang dahulunya bersatu, menyatu kembali? Mungkinkah sayap yang telah patah dapat disembuhkan, supaya cinta mampu terbang kembali?
___

Lahir di Bsharri Lubnan pada tahun 1883, Gibran Kahlil Gibran berhijrah ke Amerika ketika masih muda, untuk mendalami bidang seni. Sayap-sayap Patah (Al-Ajniha al-Mutakassira) diterbitkan pada tahun 1912 di dalam bahasa Arab, sebelum beliau berubah ke Bahasa Inggeris. Gibran dikenali di seluruh dunia dengan sajak prosanya, The Prophet (Sang Nabi) yang tak pernah berhenti dicetak sejak tahun 1923.

Naskhah ini diadaptasi oleh Sufian Abas, penulis Kasut Biru Rubina dan penterjemah Drebar Bas yang Nak Jadi Tuhan oleh Etgar Keret.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews