Your Community Bookstore
RM20.00
Sr Publication | Kembara Kato - Nuris
Price RM20.00
Product SKU 9789675822346
Brand SR Publication
Size (L x W x H) 21 cm x 18 cm x 3 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Destinasi pertemuan mereka adalah antara bumi dan langit. Tetapi tidaklah sampai menjangkau ke awan. Bersaksikan kabus tebal yang melitupi seluas kawasan, yang kelihatan hanyalah pergunungan yang tersergam indah di kiri dan kanan. Namun gunung-ganang tersebut nun sejauh mata memandang.

“Rindukan Dewi, ya?” Kato menghampiri Putera Naga Emas lalu diurut-urut tubuh yang berwarna keemasan itu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Seperti kebiasaan, Kato terus meloncat naik ke atas leher naga. Berada di atas naga yang begitu besar dan cantik berkilauan emas, membuatkan hati Kato begitu gembira. Terasa dirinya umpama Puteri DiRaja yang begitu megah di singgahsana. Hati pula rasa berkembang bahagia.

Betapa girangnya Kato ketika berada di awang-awangan. Rambutnya yang terlepas bebas, mengerbang ditiup angin. Betapa keletihan pelayaran bersama tok janggut putih sebentar tadi terasa hilang dengan sendirinya.

Nun di bawah sana Kato lihat rumah-rumah penduduk kampung kian mengecil. Begitu laju naga emas membawanya menjelajah ke serata tempat sambil memerhatikan indahnya alam ciptaan ALLAH. Gunung-ganang berdiri megah, bulan terang menyinarkan cahayanya, bintang berkelipan di dada langit, sungai mengalir biru. Ah, betapa indahnya ciptaan ALLAH.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews