Your Community Bookstore
RM28.00
Kaseh Aries | Zaem Rasya - Shiroe Sherry
Price RM28.00
Product SKU 9789672035688
Brand Kasih Aries
Size (L x W x H) 13 cm x 4 cm x 19.5 cm
Availability In Stock
Quantity
Description

Pada Rasya, cinta Datuk Zulkarnain kepada ibu saudaranya hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apatah lagi lelaki itu sudah pun mempunyai tiga isteri. Demi mencari bukti telahannya adalah benar, Rasya bertindak ‘masuk’ ke dalam mahligai lelaki itu sebagai pengurus rumah. Namun, bekerja di situ bukanlah sesuatu yang mudah. Tuan Zaem aka Lord Vader, anak Datuk Zulkarnain itu sentiasa mencari salahnya. Hidupnya tak pernah aman. “Saya akan perhatikan awak dari masa ke semasa. Awak ingat office awak saja ada video rakaman CCTV rumah ni? Jangan nak gembira sangat.” - Tuan Zaem Malangnya dia sudah terlalu jauh bermain dengan api sehingga hampir memakan dirinya. Rasya harus berhenti. “Tuan Zaem tak ada ciri-ciri lelaki idaman saya.” - Rasya “Saya akan pastikan ciri-ciri lelaki idaman awak bertukar kepada Zaem Daniel! Zaem Daniel! Zaem Daniel! Tak perlu ciri-ciri lain dah.” - Tuan Zaem Ada sesuatu yang menghalang Rasya dari menerima lamaran cinta Tuan Zaem. Dan belum sempat dia berterus-terang, semuanya telah terbongkar. “Mulai dari hari ni... sila berambus daripada hidup saya.” - Tuan Zaem “Saya janji tak akan muncul lagi depan tuan.” – Rasya Menyedari kesilapannya, Tuan Zaem kembali mengejar cinta Rasya. Namun berjayakah Tuan Zaem meraih kembali cinta dan mengubati luka hati si gadis? Apakah rahsia besar yang cuba disembunyikan Rasya hingga dia menjadi mangsa tohmahan?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews