Taubat Usia Muda

Burhan Sodiq

RM15.00


Quantity :

Product Description

Usia muda merupakan masa yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum mencapai masa senja. Ketika ini manusia boleh melakukan apa sahaja kerana pada waktu ini manusia memiliki kudrat yang banyak. Tidak akan mengalami kesakitan jika melakukan sesuatu perkara sekiranya dikurniakan Allah kesihatan yang baik. Namun, tanpa disedari pada usia inilah masa yang sesuai dan terbaik bagi manusia untuk melakukan amal ibadah. 

Ini kerana, apabila sudah tua, tidak banyak amal ibadah yang boleh dilakukan kerana masalah keuzuran. Misalmya, untuk mengerjakan haji memerlukan tenaga yang banyak, bangun pada waktu malam untuk beribadah juga memerlukan tenaga yang cergas. Tidak semua orang yang dilahirkan Islam mensykuri nikmat dikurniakan iman dalam diri. Kita masih perluu berdoa supaya diberikan hidayah untuk kita bertakwa dengan sebenar-benarnya kepada Allah SWT. 

Oleh itu, sekiranya kita diberikan kesihatan yang baik ketika usia muda, berusahalah untuk memohon keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kerana roh yang ada dalam diri kita akan kembali kepada pemiliknya pada bila-bila masa. Yakinkah umur kita akan sampai sehingga usia tua?

Product Info

9789673611621

152

Paperback

25 Jun 2015

Product Reviews