Misi Curi Hati Dia

Ameera Ameer

RM29.00


Quantity :

Product Description

Setelah setahun bermesra di laman muka buku, akhirnya mereka bertemu. Pertemuan demi pertemuan membibitkan rasa cinta sehingga Azri nekad meluahkan perasaan. Namun, disebabkan luka yang pernah bertamu di hatinya, cinta Azri ditolak dan Fathia terus menyepi. Azri nanar kerana antara ramai gadis yang dikenali hanya Fathia yang bertakhta di hati.

Menolak cinta Azri membuatkan Fathia penasaran sendiri, namun ada satu hati yang tidak jemu memujuk rayu menyebabkan dia lemas dan dalam dilema antara Azri dengan Khairul Azmi Datuk Mustafa, lelaki yang pernah dicintai sepenuh hati, tetapi lelaki itu jugalah yang tega menghancurleburkan hatinya.

Azri kecewa, namun tak pernah putus asa. Berbagai cara dilakukan untuk memikat si dia. Akan berjayakah Azri dalam operasi curi hati dia itu?
 

Product Info

9789673651924

0

Paperback

Product Reviews