Kombo Srikandi

Cik Srikandi

RM75.00


Quantity :

Product Description

Kursani Segenap Bimasakti


Belajar bagaimana Korea Selatan bina balik premis-premis bersejarah mereka yang musnah akibat perang untuk kekalkan identiti dan perkasakan jatidiri mereka. Baca bagaimana bangsa Jerman terpukul dengan begitu dasyat selepas Perang Dunia Kedua, satu bangsa menempuh zaman kegelapan.  Tapi orang Jerman ini keyakinan diri dia, jatidiri dia kental macam Panzer. Lepas jatuh teruk, mereka bangkit buat ‘wirtschaftswunder’. Kita bukan pokok, kita boleh bergerak ke mana-mana dan para penjajah itu bukanlah dewa-dewi yang perlu ditakuti. Dakwat mereka sudah lama kering, jasad mereka sudah lama reput, mengapa kita perlu merelakan diri diperbodohkan lagi?

Belajar sejarah untuk melawan perasaan rendah diri. Untuk benar-benar mengaku merdeka, kita mesti benar-benar mencorakkan masa depan sendiri menurut kemahuan sendiri.


Rentaka Sekalian Bijasura

Kita tidak perlu lagi takut dengan sejarah kita sendiri. Sejarah kita bukanlah hulubalang dan keris yang tewas dengan meriam-meriam Portugis.

Sejarah yang diceritakan tanpa asas-asas yang kukuh hanyalah dongengan semata.

Rentaka Sekalian Bijasura adalah senjata yang ditempa Srikandi untuk semua. Walau hitam atau putihnya sejarah itu, ia mesti mendidik kita menjadi berani dan kuat.

Sejarah bukan lagi untuk berpenglipur lara mengalir air mata, tetapi sebagai azimat perjuangan membantai kelesuan hidup, mengalir sebagai adiwira.

Product Info

KOMBOSRIKANDI

0

Paperback

01 Jul 2018

Product Reviews