Berikan Aku Secebis Kasih

Ain Zanowi

RM26.90


Quantity :

Product Description

Masa lalu adalah memori yang begitu menyakitkan buat insan bernama Muhammad Hakimi. Hadirnya Datuk Muaz di sangka mampu menyelamatkannya dari dunia luar yang begitu menakutkan. Namun, dia terpaksa berdepan dengan cubaan lain yang lebih mencabar apabila Datin Sofia tidak pernah mengakui kehadirannya demi melindungi anak kesayangannya, Isyraf Rizky.

“Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran abang sampai abang boleh buat keputusan ni. Budak ni…Entah dari mana abang kutip! Saya bagi abang dua pilihan. Pilih saya dengan Raf atau budak ni!” Tegas Datin Sofia. 13 tahun kemudian, Muhammad Hakimi kembali semula kerana tuntutan wasiat yang ditinggalkan oleh Datuk Muaz. Bagaimanapun, kepulangannya itu hanya menambahkan lagi kebencian dan dendam Datin Sofia kepadanya. Di sebalik parut yang dimiliki, ada gadis yang begitu setia mencintainya seikhlas hati. Malangnya, takdir mereka berdua begitu rumit. Namun, Nur Dania tidak pernah berputus asa walaupun beribu kali cintanya ditolak oleh Muhammad Hakimi.

“Saya cintakan awak, Hakimi! Awak tak sedar ke yang saya cintakan awak?” luah Nur Dania penuh mengharap. Isyraf Rizky sedar apa yang dimilikinya selama ini bakal hilang satu demi satu. Gara-gara tamakkan kasih sayang seorang ibu, dia menjadi manusia yang paling kejam di dunia! Berikan Aku Secebis Kasih. Dapatkah Nur Dania bersatu dengan Muhammad Hakimi? Mampukah Datin Sofia menerima kenyataan apabila rahsia tersingkap nanti?

Product Info

9789675822568

11 x 19 cm

555

Paperback

15 May 2018

Product Reviews