Syif Tengah Malam

RM20.00


Quantity :

Product Description

Tahukah kamu bahawa Hospital (lama) Changi di Singapura, hospital Nocton Hall di England, hospital Universitario di Honduras, hospital (lunatic) Beechworth di Australia, dan sebuah hospital yang tidak diketahui namanya di Jepun telah tersenarai sebagai 5 buah hospital paling berhantu di dunia. Malah, carian di internet mencatatkan terdapat beratus-ratus lagi hospital di dunia pernah mengalami peristiwa-peristiwa misteri serta menyeramkan.

"Makcik-makcik cleaner yang selalu jumpa dengan hantu, bang!" Itu kata-kata kakitangan hospital yang kami temui. Tapi, makcik cleaner bukannya nak tulis cerpen, kan!

Jadi, sebagai galang gantinya, kami mempelawa beberapa orang kakitangan hospital untuk menulis cerita-cerita seram yang pernah berlaku di tempat mereka bertugas. Entahkan pengalaman sebenar mereka, entahkan pengalaman makcik cleaner yang mereka tuliskan semula, entahkan fantasi mereka semata-mata... [Ed: Jenuh juga kami nak sunting tulisan mereka ni kasi elok, he he.] Pun begitu, kami tak dapat nafikan, boleh tahan seram juga cerita-cerita mereka ini.

[AMARAN: Buku ini tidak digalakkan untuk dibaca pada waktu malam. Pihak penerbit tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya amaran ini tidak dipatuhi.]

Product Info

9789672013129

120

Paperback

15 Feb 2018

Product Reviews