Product Description

Ini adalah kisah kami, momento kami sepanjang hidup. Setiap orang ada kisah hitamnya, dan setiap orang yang berubah, ada detik manis yang akan di simpan sampai bila-bila. MOMENTO adalah kisah hidup kami. " Sometimes, the people with the worst past, create the best future... " -Umar AlKhattab- Ada di kalangan kami, dahulunya pernah dibuang sekolah, pernah masuk kes polis, derhaka pada ibu bapa, tidak solat dan jauh dari agama. Ada di kalangan kami, dahulunya langsung tak menghargai nikmat agama, melarikan diri dari hidayah, buruk akhlak, mencuri, dan pernah diragging. Ada di kalangan kami yang pernah terjebak dengan video lucah, merosakkan harta benda sekolah, keluar masuk bilik disiplin, dan sering mencarut. Ada di kalangan kami, dahulunya tidak tahu matlamat hidup, jiwa kosong, hanyut dengan hiburan haram, dan tenggelam dalam lautan percintaan yang menghancurkan. Ada di kalangan kami, dahulunya sombong, ego, tertipu dengan diri sendiri, biadap, kurang ajar pada guru, pemalas, dan bagaikan tiada harapan untuk berubah. ITU KISAH DULU. Kini, ada di kalangan kami, berjaya menghafal 30 juzuk AlQuran, mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan degree, memberi ceramah, usahawan berjaya, harapan keluarga, telah tenggelam dalam dakwah dan tarbiah, menjadi ustaz, dan, telah mengasaskan page 'Tarbiah Sentap'. Kami telah bertaubat. Kami telah berubah. " Kalau kami mampu berubah, korang takkan tak boleh? 

Product Info

9789670645520

166

Paperback

03 Apr 2015

Product Reviews