KOMBO KOUGAR + TABU

Shaz Johar

RM29.90


Quantity :

Product Description

Ini kisah dua wanita yang dihidangkan dalam satu buku. Kisah tentang citarasa mereka. Tentang bagaimana mereka cuba untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain walaupun mahu terus kekal berada di tepi norma hidup masyarakat Malaysia.

KOUGAR menceritakan tentang Kisha, seorang wanita yang telah berusia cuba mencari cinta dari lelaki yang lebih muda tetapi akhirnya terdesak untuk berkahwin dengan lelaki seusia yang bersembunyi di sebalik iman dan agama. Naluri kuat wanitanya memaksa dia untuk lari dari topeng keimanan itu sehingga akhirnya dia terpaksa melakukan apa saja, walaupun mengaum dan mencakar maruah dirinya sendiri.

TABU melalui perjalanan hidup Bibi, seorang wanita bersaiz besar. Dia percaya kekasih Afrikanya seorang lelaki yang sanggup menerima dirinya seadanya. Sehinggalah dia menjumpai sebuah telefon bimbit dan merasai keperitan kehilangan seorang rakan baik. Di situ dia cuba kembali untuk mempercayai apa yang selama ini dikaburi ketulusannya.

Product Info

9789670374307

11.9 cm X 3.6 cm X 18.5 cm

532

Paperback

26 Apr 2013

Product Reviews