Travelog Budak Mentah

Hafizul Faiz

RM19.00


Quantity :

Product Description

Buku ‘Travelog Budak Mentah' ini, boleh saya sifatkan sebagai satu persembahan yang cukup santai dipersembahkan kepada anak-anak muda yang sezaman dengan penulis, yang mungkin berbeza yang pernah saya lalui dahulu, kerana pada usia remaja saya, tidak ada lagi internet, telefon bimbit, facebook, wazz up dan lain-lian istilah yang boleh dimanfaatkan oleh penulis seperti Hafizul yang saya anggap sebagai anak kerana usianya yang sama dengan anak kedua sendiri. Secara peribadi, saya kagum dengan kemampuan persembahan Hafizul yang teliti dalam menceritakan perjalanan dan mungkin juga pengalaman hidup yang dilalui di alam fana' ini. Beliau begitu yakin dengan mengemukakan beberapa elemen berteraskan agama, maka hidup seseorang itu akan dinaungi rahmat Allah yang menjurus kepada kebahagiaan sejati. Kepada Hafizul, anggaplah ulasan saya ini datangnya dari seorang ayah yang gembira dengan kemampuan cara penulisan, kerana terdapat remaja pada usia penulis, terkadang-kadang hala tuju hidupnya terbabas dengan faktor yang tidak sihat hingga hilang kawalan jati diri sekali gus terjebak pada perkara yang dibenci Allah, Rasul-Nya, ibu bapa, anggota masyarakat dan mungkin juga dik beradik sendiri.Syabas sekali lagi kepada penulis, mudah-mudah jadikan permulaan menghasilkan penulisan ini sebagai satu catatan yang akan nanti disusuli dengan banyak lagi karya berguna, bukan sahaja manfaatnya dirasakan buat diri sendiri, malah boleh dikongsi maklumatnya oleh masyarakat awam, sahabat handai dan mereka yang mencari kebenaran agama, Insya Allah.

(Oleh: Zainudin Hashim)

Product Info

9789673610648

256

Paperback

05 Oct 2012

Product Reviews