Dosa-Dosa Suami Yang Paling DiBenci Allah S.W.T.

Ach. Syaiful A'La

RM14.00


Quantity :

Product Description

Dunia ini hanya sementara. Begitu jugalah dengan nikmat dan keseronokannya juga hanya sekelip mata sahaja. Yang kekal dan abadi adalah pembalasan- dan kehidupan di akhirat kelak. Bagaimanakah keadaan dan nasib kita di sana nanti, pastilah balasannya seperti apa yang kita lakukan ketika di dunia ini. Manakala iblis dan syaitan pula akan terus bekerja keras memujuk rayu manusia untuk ingkar perintah Allah.

Khususnya buat para suami, perlu diketahui bahawa banyak perlakuan sama ada dari segi percakapan, perbuatan ataupun pandangan yang mampu menjerumuskan kita ke lembah dosa dan keingkaran. Tanpa kita sedar ia juga merupakan dosa yang paling dibenci Allah. Apakah dosa-dosa itu? Buku akan menghuraikan topik perbicaraan yang mudah untuk difahami dan dijadikan teladan. Didatangkan dengan dalil serta nas daripada Al-Quran dan Sunnah. Malah dengan penjelasan yang komprehensif tenting dosa-dosa yang sering dilakukan oleh para suami, baik disedari ataupun tidak; disengajakan ataupun tidak, insya Allah akan memberikan kita cahaya ilmu dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Moga-moga dengan pencerahan ini, sedikit sebanyak mernbantu para suami menjadi suami yang disayangi isteri dan anak-anak, malah keluarga yang dibina menjadi sebuah keluarga yang diredai dan diberkati Allah SWT.

Product Info

9789670465371

0

Softcover

Product Reviews