Seindah Maharku

Hanna Haifa

RM26.00


Quantity :

Product Description



Letakkan percaya di antara kita

Sangka Ain, sejarah tak akan berulang. Fikirnya, lelaki itu sudah hilang ditelan bumi.

Tapi, takdir lebih dulu mengatur sesuatu untuk dia. Lelaki yang dia tak ingin jumpa itulah yang ditetapkan sebagai jodohnya.
Ya! Jodoh pilihan ibu dan dia harus akur demi melihat ibu tersenyum.

Zarul dekatkan jarak antara dia dengan Ain. Bahu Ain sudah dipaut supaya lebih rapat.

“Sini line clear. Sebelah menyebelah ni memang tak ada penyewa.” Makin lebar senyum Zarul.
Ain cebir bibir. Macam menakutkan je Zarul ni.
“Kenapa suruh Sheera masuk kereta?” Ain persoalkan motif arahan Zarul sebentar tadi.
“Ain... orang ketiga tu untuk pasangan bukan mahram je sebab takut nanti ada yang jadi setan. Kalau macam kita ni, berdua lebih baik.” Ada gelak di hujung bicara Zarul.
Ain jarakkan kedudukan mereka.
“Jangan cuba menolak yang awak memang sayangkan saya, Ain." Zarul sekali lagi rapatkan kedudukan.
“Cinta itu pernah ada. Tapi, awak sendiri yang gantikannya dengan kebencian."

Dalam mencuba untuk menolak kehadiran lelaki itu, Ain dihadapkan dengan realiti yang lebih pahit untuk dihadam. Benarkah Zarul juga mangsa seperti dia?

Mampukah dia menerima kehadiran Zarul sebagai suami bila sejarah lama itu seolah-olah ingatan yang tak mampu dipadam dari kotak ingatannya?

Product Info

9789670718675

562

20 Sep 2016

Product Reviews