Officially Milik Dia

Melati Shafika

RM25.00


Quantity :

Product Description

Pertemuan semula dengan Fariq Hatta, buat hati Yasmin Hidayah@Yaya tidak pernah mampu bertenang. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu tiba-tiba menjadi bosnya.

Suatu ketika dulu, dia pernah sukakan Fariq Hatta. Malah sehingga kini, rasa suka itu masih banyak di hatinya. Cumanya, Fariq Hatta itu tak pernah pun perasan akan kewujudannya.

Itulah sebabnya bila tiba-tiba dia ditawarkan menjadi isteri Fariq Hatta, Yaya jadi pelik. Rupanya, ada udang di sebalik batu. Misi Fariq Hatta memang tak masuk akal dan Yaya tak sanggup menjadi isteri dengan cara yang begitu.

Namun, taktik Fariq Hatta berjaya juga memerangkap Yaya dalam menjayakan misinya. Ada ijab dan kabul. Ada sayang di hati Yaya untuk suami dan ada rindu di hati Fariq untuk si isteri.

“Yaya?” Diseru lagi namaku. Kedengaran nafas berat dihela.
“Hmm…” Kenapa dia cakap sepatah-sepatah? Itu yang terdetik di hatiku saat ini.
“Saya rindu.” Sebaris pengakuan itu buat aku tidak terkata. Kelu lidah untuk memberikan sebarang reaksi.
“Rindukan Yaya.”

Pengakuan kali kedua itu buat darah berderau menyerbu ke muka. Terasa diri melayang entah ke mana.

Aduhai Yaya, jangan lupa berpijak kembali ke bumi, sudahlah.

Apa sebenarnya misi penting Fariq Hatta? Dan mampukah mereka bertahan hidup begitu di bawah satu bumbung sedang di hati mereka sudah wujud satu rasa bernama cinta?

Product Info

9789670718293

535

Paperback

30 Jun 2015

Product Reviews