Mutiara Hatiku Rafflesia

Bill Bora

RM24.00


Quantity :

Product Description

Hidup ini satu kembara di lautan yang luas buat Anis Sophea. Untuk mencapai impian, harus menyelam hingga ke dasarnya. Anis yang cantik, hidupnya biasa-biasa. Tapi, tiba-tiba berubah menjadi luar biasa apabila ditemukan dengan Haris Ilham, si ‘putera raja' yang kacak dan kaya raya. Bersama Haris, hidupnya seolah berada di dalam sebuah kisah dongeng. Dikelilingi kemewahan dan keindahan. Tapi, dia takut untuk mempertaruhkan hatinya.

“I memang suka you.” Tulus ucapan Haris.
“Tapi I tak suka you.” Anis senyum manis.
“I ada magis yang boleh buat rasa tak suka tu bertukar jadi suka.” Mata dikenyit nakal.

Layanan dan sikap Haris buat hatinya sedikit terusik. Namun, tidak semua yang kita harapkan boleh menjadi kenyataan. Haris sudah punya bakal tunang pilihan keluarganya. Tidak mahu menjadi perampas, Anis gunakan Ikmal Reza, model kacak untuk mengumpan amarah Haris. Tetapi sikap suka mendesak dan memaksa Ikmal buat Anis rimas. Ketika ingin lari daripada Ikmal, muncul Andrian sebagai penyelamat. Tapi, seorang Haris tidak pernah berputus asa. ‘Best Man Win', itu kata hatinya. Selagi Anis belum menjadi milik siapa-siapa, dia masih ada peluang. Cuma, siapa pula Zarul Hisyam yang tiba-tiba muncul di dalam hidup Anis Sophea? Mampukah Haris bersaing dalam memenangi hati Anis Sophea? Dan... dapatkah Anis menemui mutiara hatinya sepanjang pengembaraannya itu?

Product Info

9789670718101

501

Paperback

31 Oct 2014

Product Reviews