Kutunggu Dudamu

Emy Roberto

RM25.00


Quantity :

Product Description

“You masih teringat kat orang sebelah lagi?”
 
Aladin tak menjawab. Dah penat bertelagah dengan Sasha tentang isu yang tak pandai habis.
 
You sayang I?
You cintakan I?
You janji akan sehidup semati dengan I?
 
Macam mana nak tunaikan semua tu kalau Sasha tak pernah cuba untuk berdiri seiring dengannya untuk mengubah cara hidup mereka berdua. Bila Aladin sudah mula melangkah meninggalkan dapur, suara nyaring yang memanggilnya memaksa dia untuk menoleh semula.
 
“I hate you! I hate you!” Sasha bagaikan dirasuk dan dalam sekelip mata serpihan kaca di tangan dihalakan ke arah Aladin yang cuba mengelak.
 
“What the....hell???”
 
Mata Aladin terarah pada tapak tangan kanannya yang mula berdarah. Dan Sasha di depan cuma tersenyum sinis sebelum meninggalkan dia termangu sendiri di situ.
 
“That’s the price that you have to pay, Al. Lain kali I akan buat lebih daripada itu.”
 
Aladin betul-betul terdiam. Dia akhirnya terduduk dan bersandar di sebalik kaunter. Darah yang menitis dari tangan kanan dibiarkan saja.
 
Ya Tuhan, sampai beginikah dugaan yang dia perlu hadapi di dalam rumahtangganya dengan Sasha? Serius dia dah tak nampak masa depannya bersama Sasha. Andai berterusan begini, silap hari bulan talak ke atas isteri akan jatuh juga.

Product Info

9789670718927

488

Paperback

20 May 2017

Product Reviews