Pazuzu

Nami Adnan

RM17.00


Quantity :

Product Description

Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan. Demi menegakkan dogmanya, dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala. Jeri menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan nyawanya.

Product Info

9789830977003

256

Paperback

20 Mar 2018

Product Reviews