Jangan Padam Rindu (Edisi Cetak Semula untuk Adaptasi Drama)

Rina Farizq

RM27.00


Quantity :

Product Description

Sumpahan apakah ini? Kenapa lamaran yang datang bukan dari seseorang yang kacak macam Chace Crawford? Atau setidak-tidaknya daripada lelaki yang masih bertenaga. Ellina tidak mahu kahwin dengan Tuan Haji yang tua.

"Kahwinlah dengan ibu saya. Tuan haji dengan ibu saya lagi sesuai."- Ellina

"Ellina, I want to marry you, not your mom." - Tuan Haji

Mujur ada aplikasi WhatsApp yang menghubungkan mereka berdua untuk berkomunikasi tanpa perlu bertentang mata. Kalau tidak, mahu muntah hijau dia bercakap secara berdepan. Tapi sebaik-baik perancangan manusia, baik lagi perancangan dariNYA. Tanpa rela, Ellina terpaksa juga terima pinangan tersebut. Tapi di hari pertunangan, bukan Tuan Haji tua yang muncul. Sebaliknya lelaki muda yang telah merobek hatinya di masa lalu.

"Bagi saya masa tiga bulan untuk menawan hati awak semula." - Akid Fauzan

Jangan harap! Ellina benci lelaki itu.

"Lapan huruf. Tiga perkataan. Dan satu makna. Teka, apa dia?" -Akid Fauzan

"I hate you!" -Ellina

"I miss you!" -Akid Fauzan

Mulut berkata benci. Tapi Ellina tidak dapat membohongi diri yang sebenarnya dia juga merindui lelaki itu. Tidak perlu tiga bulan, tiga hari saja Ellina sudah kalah. Hati Ellina berjaya ditawan semula oleh Fauzan. Mereka bahagia tapi kebahagian yang baru saja bersulam itu telah tercalar bila rahsia yang Fauzan simpan terbongkar. Mampukah Fauzan meyakinkan Ellina? Dapatkah mereka menyimpan rasa rindu dan cinta selama-lamanya?

Product Info

9789672137177

0

Paperback

01 Feb 2018

Product Reviews