Fugitif: 1 Agenda, 2 Mangsa, 3 Benua

Maya Iris

RM29.00


Quantity :

Product Description

Menakluk dunia. Itu agenda Konsortium. Untuk dipersembahkan kepada ‘Raja Besar’ yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Namun, perancangan itu terencat akibat campur tangan tidak sengaja dua orang rakyat Malaysia. Pasangan suami isteri ini perlu dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun.

Demi keselamatan, Dr. Ehsan dan Nur Sayang menjadi pelarian tanpa rela.

“Jangan terpisah. Selagi kita bersama, kita kuat.”  – Nur Sayang.

Tragedi menimpa. Mereka terpaksa melarikan diri lagi. Bersembunyi di sebuah tempat terpencil. Namun, igauan ngeri itu belum berakhir.

Serangan Konsortium terhadap ahli keluarganya membuatkan Dr. Ehsan kembali ke Mesir. Meminta pertolongan Arielle. Tapi, bayaran yang diminta adalah perpisahan dengan isteri tercinta.

“Kita mesti berhadapan dengan realiti, sayang. Sampai bila kita mahu hidup dalam alam fantasi? Hidup dalam mimpi? Hidup dalam angan-angan? Setiap dongeng, ada pengakhirannya. Bagi kita, kisah kita berakhir hari ini.” – Dr. Ehsan.

Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup? Bertemukah mereka akhirnya? Berjayakah Konsortium merealisasikan agenda mereka?

Product Info

9789670990101

541

Paperback

01 Oct 2016

Product Reviews