Product Description

“Johor Tetap Jadi Johor”. Itulah slogan yang tersemat erat dalam jiwa masyarakat negeri Johor. Semangat jati diri dan kenegerian yang menebal dalam kalangan penduduknya jarang-jarang kita temui di setiap negeri.
Istilah “Bangsa Johor” yang menjadi pegangan masyarakat membawa makna setiap masyarakat hidup dalam keadaan aman dan mampu memupuk semangat perpaduan walaupun berbilang bangsa.

Nukilan yang cuba dipahat menggunakan bahasa ibunda ini cuba sedaya upaya membuktikan bahawa negeri di selatan
Malaysia ini, masih banyak keistimewaan yang mungkin belum ditonjolkan melalui penulisan.

Melalui pembacaan dan penulisan, maka selamanya dapat
kita sematkan keindahan Johor di hati insan.

Product Info

Product Reviews