Coconut Shake Satu!

Fedtri Yahya

RM20.00


Quantity :

Product Description

MENGANDUNGI SERBUK PENAIK SEMANGAT & PENYENTAP JIWA YANG DIBENARKAN.
 
Memandang sinis tanpa memahami. Mencerca tanpa mendoakan kebaikan. Menjauhi tanpa rasa belas untuk membantu. Kita alpa dan lalai dengan nikmat kesenangan.
 
Subuh … mengantuk
Zuhur … kekenyangan
Asar … kesesakan
Maghrib … keletihan
Isyak ... kesibukan
 
Buku PURIS  yang ketujuh ini, COCONUT SHAKE SATU! merupakan nukilan penulis yang wajahnya sering muncul dalam mengacarakan beberapa program di kaca TV. Bagi Ahmad Fedtri Yahya, mencoretkan beberapa buah artikel serta puisi yang sinonim dengan bahasa puitis yang digunakan olehnya semasa bersiaran, beliau mengharapkan ada yang mengutip inspirasi dari apa yang ditulis juga ada yang mengambil iktibar dari apa yang dikarangnya. Terhasilnya buku ini sebagai satu hikmah untuk berkongsi rasa dan pengalaman bersama pembaca yang budiman. 
 
Penulis begitu yakin bahawa Allah SWT tidak melihat betapa tebal dan gemilangnya sesebuah buku itu dipersembahkan tetapi pada jaluran ikhlas yang jadi nilaian-Nya. Keikhlasan itu pula satu ciri insan yang bermanfaat dan beliau amat suka dengan istilah 'insan bermanfaat' ini kerana baginya walau ia ringkas dan tidak berbunyi 'bombastik', pengertiannya cukup luas. Ia lambang kepada manusia yang memberi dan terus memberi. 
 
Sepanjang menulis buku ini, tak terhitung jumlah insan bermanfaat yang di temui penulis. Di rumah sudah pasti. Di pejabat juga sama. Di perjalanan bertambah lagi. Di majlis ilmu apatah lagi. Alhamdulillah, hidup ini dikelilingi manusia positif yang kuat memancarkan aura keikhlasan mereka. 
 
Dengan menulis, penulis berharap ilmu yang ada itu tidak akan statik dan  akan terus berkembang, biar sedikit, asalkan jejak ilmu terus berputik. Bersama tekad untuk melahirkan sesuatu yang bermakna buat diri dan masyarakat. Semoga tulisan ini memberi gerimis manfaat buat kalian. Walau tak mencipta biasan pelangi, cukup menjadi rintik hujan yang menyuburkan hamparan hijau yang menenangkan. 
 
Selamat membaca!

Product Info

9789830976389

192

Paperback

15 Feb 2017

Product Reviews