Anatomi Aku Budak Medik 1.0

Fahd Razy

RM25.00


Quantity :

Product Description

"Saya mahu berbakti kepada masyarakat"
 
"Saya ingin menolong orang yang dalam kesusahan"
 
"Saya ingin mencari penawar untuk penyakit-penyakit kronok"
 
Juga jawapan kebanyakan calon yang hadir. Begitu menyakinkan, innocent dan ideal.
 
Ia glamour. Cepat kaya. Kerja orang-orang pandai. Pelajar cemerlang SPM. Ramai yang menyarung kot putih tanpa menyedari apakah makna dan hakikat di sebaliknya-hanya sensasi yang dimomokkan dalam rancangan bersiri televisyen.
 
Realitinya, ramai yang melangkah ke kolej perubatan (bahkan keluar sebagai graduan) dengan perasaan berbaur. Dilema yang berat. Antara cita-cita dan minat. Antara desakan keluarga dan tanggungjawab. Tanpa persediaan dan kejelasan.
 
"Sebelum membantu orang lain, bantulah diri anda sendiri," balas pegawai temuduga berbangsa Irish itu sebelum bersalam dan mengucapkan tahniah.
 
Ya, catatan pelajar perubatan ini dibukukan untuk membantu anda-memberi input berguna tentang realiti dan expectation yang bakal didepani. Tidak terlalu selesa dan tidak pula terlalu menekan. Matlamatnya memantapkan kesediaan dan kesungguhan agar tak longlai di tengah jalan.
 
Menjadi doktor tidak pernah mudah. Tetapi setiap yang payah, adalah berbaloi untuk diperjuangkan!

Product Info

9789671391334

0

Paperback

15 Jun 2016

Product Reviews