Polaroid Cinta Zenia

Dila Dyna

RM23.00


Quantity :

Product Description

Kan kusimpan segala memorimu dalam polaroid cintaku

Kau yang aku panggil sahabat...

“Sorry la Zen, aku bukan sengaja tak nak ambil kau semalam. Tengah final MU kot semalam!” – Fahad

“Alasan kau la kan. MU tu lagi penting dari keselamatan aku la? Dibuatnya aku kena culik ke... Kena perkosa ke...” – Zenia

“Aku rasa tak ada siapa kot nak perkosa kau.” - Fahad

Sentap. Tahu apa yang dimaksudkan lelaki itu. Yalah... Dia ni tomboi, tak ada siapa kot yang bernafsu tengoknya. Dengan baju loose gedoboh, rambut pendek macam lelaki. Tengok sekali imbas memang orang ingat lelaki agaknya.

Bercakaran memang kerja mereka. Tapi bila Fahad ada masalah, gadis tomboi itu juga yang dia cari. Tapi betul ke lelaki dan perempuan ni kalau berkawan rapat, mesti salah seorang akan terlebih kasih? Ya... Dan itulah Zenia. Cintanya pada Fahad hanya mampu tersimpan jauh di sudut hati paling dalam.

“Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab kau memang dah lama cintakan aku. Kau memang tunggu masa aje untuk hapuskan Nadia dari hidup aku!” – Fahad Iswan

Entah bagaimana kisah hidupnya dengan pantas mentakdirkan Fahad menjadi suaminya, walaupun bukan dengan cara yang diimpikannya selama ini. Dia sendiri tidak tegar memisahkan Fahad dengan cinta pertama lelaki itu, Nadia.

Baru beberapa jam mahligai terbina, sekelip mata runtuh menyembah bumi. Zenia digelar pembunuh, dia digantung tak bertali! Fahad pergi meninggalkan sahabat yang bergelar isteri.

I tak sangka you berubah semurah ni, Zenia. Apa nilai tudung yang you pakai sekarang ni kalau kaki tetap melangkah ke tempat haram macam tu? Mana you letak maruah you sekarang?!” – Fahad Iswan

“You langsung tak layak untuk nasihatkan I Fahad. Sebab selama ni pun you lari dari tanggungjawab you! Dasar lelaki pengecut!” – Zenia Imani

Jarak lima tahun merubah segalanya. Tali yang tersimpul harus segera dilerai!

Ungkapan berpisah dilontar tekad. Dia perlu bahagia, seorang lelaki yang sentiasa berusaha membahagiakannya, Hairul Fahmi sedia menantinya.

Tapi bila berbicara soal hati, adakah cinta itu masih setia di situ?

Product Info

9789674690700

544

Paperback

01 Feb 2018

Product Reviews