Pidato & Strategi Perang

Che Guevara

RM25.00


Quantity :

Product Description

Sejak berusia dua tahun, Che Guevara menghidap asma yang dideritai sepanjang hidupnya. Oleh kerana itu, keluarganya berpindah ke daerah yang lebih kering iaitu di daerah Alta Gracia (Cordoba).Namun begitu, kesihatannya tetap tidak membaik. Dirinya mendapat didikan awal di rumah, dengan sebahagian besar diajar ibunya sendiri, Celia de la Serna.

Pada usianya yang masih muda, Che Guevara merupakan seorang pembaca yang tekun. Beliau mendalami karya Marx, Engels dan Freud yang ada di perpustakaan ayahnya. Boleh jadi dirinya sudah pun membaca karya-karya tokoh besar ini sebelum memasuki persekolahan peringkat menengahnya (1941) di The Colegio National Dean Funes, Cordoba. Di sekolahnya, beliau merupakan pelajar yang terbaik di bidang sastera dan olahraga.

Pelbagai peristiwa yang berlaku sekaligus mempengaruhi diri Che Guevara sejak muda. Dirinya melihat sebuah penghinaan dalam pantomim yang dilakonkan dalam sistem demokrasi berparlimen serta kebenciannya yang membuak-buak pada ahli-ahli politik didokong tentera, kapitalis serta yang paling jelas kepada matawang Dolar Amerika yang dianggap sebagai lambang penjajahan.

Product Info

9789671368855

4.5 x 7.25 x 1.5 inc | 200g

112

Paperback

Product Reviews