Obscura: Merapat Renggang

Hafiz Hamzah

RM25.00


Quantity :

Product Description

Dari Meja Obscura 

SEBUAH INGATAN TERHADAP BUDAYA 

Paling tidak, sejak tiga atau empat tahun dulu, sembang-sembang di meja warung di antara beberapa orang teman terdekat selalu menyebut - atau lebih tepat, berangan - untuk memunculkan sebuah penerbitan khusus yang cuba menampung pelbagai hal-hal yang terpinggir dari pentas tengah masyarakat, dengan tumpuan utama tentunya diberikan kepada perihal seni budaya. 

Kerana satu sebab mungkin; kurangnya hal-hal ini dibincangkan di dalam penerbitan bahasa Melayu dengan kecenderungan yang lebih segar dan terbuka. Pengamatan seperti ini barangkali tidaklah salah sepenuhnya; Malaysia, dengan segala macam kemegaham materi, masih kurang rancak menghasilkan penerbitan-penerbitan yang berbaur serius, terkecuali tentunya daripada tulisan-tulisan akademik. 

Apa lagi jika melihat kesuraman perkembangan sastera, yang masih tertambat dengan cara pandang dan aturan institusi yang menjemukan, yang sama ada kita suka atau tidak, terkesan mengheret budaya penulisan yang ada kini menjadi beku; tidak seperti peranan yang pernah dimainkan dulu-dulu. Begitu juga, tidak banyak lagi interaksi di peringkat luar. Misalnya, tiada lagi saing-tukar kegetiran bersastera antara Malaysia dan Indonesia seperti yang pernah disaksikan dalam tahun-tahun 1960an, yang diterbitkan secara bersahaja dan mudah dicapai oleh sesiapa yang berminat waktu itu. Kita kini seolah-olah memencilkan diri sendiri dan tak sedar rupanya sedang leka dibuai mimpi. Sedangkan, yang berlaku adalah sebaliknya. 

Seni budaya yang ada hari ini adalah sebuah cabang yang rencam dan majmuk. Ini perlu dimunculkan, dibawa ke tengah masyarakat untuk diberi peluang menampakkan dirinya. Dan, untuk itu, ia perlu memikat. Perlukan udara yang lain sebagai pelengkap baru untuk membolehkannya terus bernafas dan berkembang. Tak ada siapa memilikinya secara mutlak, dan tak ada siapa yang terlepas daripada pelukannya - budaya. 

Untuk itu, saya memenukan imej dari kata 'Obscura.' Samar-samar tetapi tertumpu. Aneh-aneh yang harapnya ada magis. Tertutup rapat, tetapi sebenarnya di sebelah pintu itu terbentang satu ruang lain yang terbuka seluasnya untuk seberapa ramai yang igin berkongsi mimpi yang sama. Kabur, atau panggil apa saja yang diinginkan. Walaupun istilah ini tidak berjejak dan tidak berakar di dalam bahasa Melayu tegar, ia bagaimanapun mencerminkan hasrat asal yang terkandung; sebagai sebuah permenungan dan cerminan, sebagai sebuah pertembunagn dan kompleksiti yang terbit terutamanya ketika membincangkan lanskap dunia penulisan kontemporari tempatan. 

Sebagai permulaan, penerbitan ini (yang lebih senang mengambil semangat sebuah jurnal) yang diberi judul Obscura: Merapat Renggang adalah tatih mula yang cuba berdikari dan akan cuba untuk terus berjalan dengan tegap sebelum boleh untuk membayangkan yang jauh-jauh. Dengan itu, setiap satu isi yang ditanamkan di perut buku ini membawa ambaran kasar tentang arah tuju dan maksud penerbitan ini, tentunya dengan ruang untuk penambahbaikan yang sentiasa terbuka.

Product Info

9789671118702

140

Paperback

31 Dec 2013

Product Reviews