Lastik!

H. Muhammad & Haris Zuan

RM25.00


Quantity :

Product Description

Membaca Lastik mengingatkan kita tentang zaman anak-anak muda bermain lastik dengan kerikil tajam... Pelurunya satu dan harus jitu setiap kali dilepaskan, bukan peluru penabur yang bertebaran. Menulis juga ibarat melepaskan lastik, dan supaya menepati sasaran, bidikannya harus bagus dan pembidik mesti tidak jemu berlatih....Buku ini tempat penulis-penulis muda menajam dan menunjukkan bakat masing-masing yang segar, kritis dan tidak semestinya menuruti yang konvensional. Ini suatu eksperimentasi yang menarik, berani dan kehadirannya dialu-alukan..... Profesor Emeritus Dato' Dr. Abdul Rahman Embong Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Inilah sifat manusia bermain (homo ludens) yang mana segi-segi kemanusiaan itu akan lebih terunggul sekiranya memiliki sifat-sifat ini dengan alami dan ampuh. Kalau tidak pandai bermain itulah suatu ketempangan dan kerugian. Kalau sudah pandai bermain, tahulah bahaya jatuh dan luka. Dengan bermain menambah kawan, dapatlah badan berpeluh, tangkas berlari dan sembunyi dan cergas dan cerdas terbangun sama. Dr Azhar Ibrahim Jabatan Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura

Product Info

9789832344575

284

Paperback

31 Dec 2016

Product Reviews