Pengekalan dan Penyebaran Budaya Cina Di Sebuah Negeri Melayu

Tan Yao Sua & Kamarudin Ngah

RM18.00


Quantity :

Product Description

Pertubuhan Cina memainkan peranan yang penting dalam mengekal dan menyebarkan budaya Cina di Negara ini. Monograf ini meninjau usaha tujuh buah pertubuhan Cina di Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu, untuk mengekal dan menyebarkan budaya Cina. Ia merupakan satu kajian kes yang menarik kerana berbeza daripada penduduk Cina di Kebanyakan ibu negeri yang lain, penduduk Cina di Kuala Terengganu bukan merupakan penduduk dominan di situ. Sebaliknya, mereka merupakan sekumpulan penduduk minoriti yang menetap di sebuah negeri melayu. Malahan, kedudukan kependudukan mereka semakin terancam oleh aliran keluar penduduk muda ke negeri-negeri yang lain. Sudah tentu kedudukan kependudukan ini bakal mempengaruhi usaha pertubuhan Cina untuk mengekal dan menyebarkan budaya Cina ke satu tahap yang diharapkan. Selain itu, terdapat juga kekhuatiran sama ada mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk mendukung aktiviti budaya, terutamnya aktiviti budaya berskala besar yang dianjukan oleh pertubuhan Cina.

Usaha pertubuhan Cina di Kuala Terengganu untuk mengekal dan menyebarkan budaya Cina dirumitkan oleh hakikat bahwa mereka perlu mengambil kira persekitaran budaya dominan tempatan yang bertraskan agama Islam. Di samping itu, mereka juga perlu menangani sesetengah program Islamisasi yang memberikan kesan kepada amalan hidup kaum Cina di Kuala Terengganu. Program Islamisasi ini berpunca daripada persaingan politik Melayu yang sengit di negeri Terengganu secara amnya dan di Kuala Terengganu secara khususnya. Walau bagaimanapun, di pihak lain, persaingan politik Melayu yang sengit ini telah memberikan peluang percaturan kepada pertubuhan Cina untuk menangani isu-isu budaya tertentu.

Hal ini demikian dalam konteks persaingan politik Melayu yang sengit ini, sokongan politik kaum Cina di Kuala Terengganu mampu mempengaruhi hasil persaingan ini. Kesignifikanan politik Cina ini juga membolehkan parti politik Cina mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri bagi mendorong pertubuhan Cina menganjurkan sesetengah aktiviti budaya berskala besar yang membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi.

Tan Yao Sua berkelulusan doktor falsalfah dan merupakan pensyarah kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bidang penyeledikan beliau mencakupi kajian Cina Malaysia, analisis dasar pendidikan, sosiologi pendidikan dan pendidikan minority.

Kamarudin Ngah berkelulusan doctor falsafah dan merupakan professor madya merangkap timbalan pengrah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bidang penyelidikan beliau mencakupi pembangunan komuniti, kerajaan tempatan dan perancangan pembangunan.

Product Info

9789675832666

97

Paperback

31 Dec 2012

Product Reviews