Dari PAS ke Amanah: Berani Berprinsip II

Khalid Samad

RM25.00


Quantity :

Product Description

Saya sendiri telah bersama PAS sejak 1983, dan keadaan di mana saya terpaksa meninggalkan PAS merupakan satu keadaan yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran saya. Saya telah melihat PAS membesar dari parti politik kedaerahan kepada parti politik arus perdana dengan saya bersama menyumbang kepada kejayaan ini. Setiap kejayaan yang tercapai dan segala kesukaran yang dilalui adalah bersama PAS sejak sekian lama. Menangis bersama semasa sedih dan ketawa bersama semasa gembira.

Dan saya lihat keliling, ramai dari mereka yang bersama saya dulu, turut bersama saya sekarang. Golongan aktivis yang kuat berkerja, bukan golongan ‘pemimpin’ yang ingin ditatang dan dipuja. Seperti saya, mereka telah mengharungi kesemuanya. Melalui perjuangan telah mereka mengenali mananya kaca dan mananya permata. Bersama mereka dengan izin Allah telah saya gerakkan kapal lama sehingga menjadi bahtera lautan dalam. Bersama mereka, dengan izin Allah, akan saya lakukannya kembali!

Product Info

9789672007005

5.5" X 8"

257

Paperback

31 Dec 2016

Product Reviews