Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara

Syed Husin Ali

RM20.00


Quantity :

Product Description

Dua Wajah ialah catitan pengalaman Syed Husin yang ditahan hampir enam tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan berikutan demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petani Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974.

Selepas di tahan hampir dua tahun di Kamunting, beliau dikurung secara berseorangan selama enam bulan ditempat yang tidak diketahui di Kuala Lumpur. Semasa itu, beliau disoal-siasat dan dikenakan berbagai-bagai penyeksaan serta deraan.

Beliau cuba dibabitkan dengan beberapa orang tokoh politik serta wartawan yang telah ditahan atas tuduhan terlibat dengan apa yang didakwa sebagai “konspirasi komunis” di Singapura and Malaysia. Yang menarik perhatian ialah percubaan untuk membabitkan juga beberapa orang pemimpin kanan UMNO ketika itu, termasuk Dr Mahathir.

Dua Wajah menarik kerana pengalaman peribadi dikaitkan dengan beberapa latar belakang sosial dan politik pada masa itu.

Product Info

9789833782581

176

Paperback

31 Dec 2008

Product Reviews