Zaman Jepun di Malaysia

Lu Pei Chun

RM90.00


Quantity :

Product Description

“Saya terhutang budi kepada Syarikat Penerbitan Koubunken, Jepun, yang mengajak saya menulis buku ini. Saya diberitahu bahawa edisi Jepun buku ini telah diulang cetak tiga kali, sejumlah 7000 naskhah telah habis dijual. Malahan edisi semakan dan tambahan akan dicetak pada tahun ini. Tidak kurang orang Jepun yang datang melancong ke negara kita secara bebas sambil mengunjungi bekas-bekas Perang Dunia Kedua dengan membawa buku edisi Jepun tulisan saya sebagai rujukan. Alangkah baiknya jikalau melalui buku ini, boleh saya menolong kawan-kawan Jepun memahami jenayah yang pernah dibuat oleh ayah atau datuknya di negara ini kemudian berusaha meminta ampun daripada golongan mangsa dan membina semula persahabatan serta hidup dengan aman damai bersama-sama.

Lega hati saya kerana dengan terbitnya buku ini semua kaum di negara kita termasuk orang Melayu, orang Iban, orang Dayak, orang India, orang Eurasia, dan lain-lain akan dapat memahami bagaimana orang Cina yang hidup bersama-sama mereka itu mengalami penderitaan dan terseksa dalam Zaman Jepun. Dengan pemahaman keratan sejarah tersebut, kita semua akan berlipat ganda menghargai keamanan dan kemakmuran negara kita pada hari ini dan sentiasa berwaspada agar militarisme Jepun tidak akan muncul kembali dan sejarah tragik itu tidak akan berulang lagi, generasi muda Jepun tidak akan membuta tuli menjejak langkah generasi tuanya mencerobohi negara-negara orang lain lalu sekali lagi melakukan perbuatan jenayah perang sebagaimana yang tertulis dalam buku ini.

Akhir kata saya akan berasa besar hati jika sekiranya dengan terbitan buku ini semua kaum dalam negara kita ini pada akhirnya akan menuju ke arah suatu konsep yang betul terhadap perang dan sejarah”.

 

-Lu Pei Chun

Product Info

9789833720248

168

Paperback

31 Dec 2017

Product Reviews