Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia

Ooi Heng

RM28.00


Quantity :

Product Description

Siri Kjian dan Penulisan KPRU:

Berbeza dengan sistem parlimen di India, Indonesia, United Kingdom dan Australia, ahli-ahli Parlimen di Malaysia tidak diperuntukkan dengan pegawai penyelidik. Justeru, penubuhan Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) sebagai sebuah pasukan penyelidikan yang digerakkan oleh saudara Ooi Heng dan sekumpulan anak-anak muda yang komited dalam membantu urusan penyelidikan dan penyediaan maklumat sebagai dukungan terhadap peranan wakil-wakil rakyat pembangkang sewajarnya dihargai dan dimanfaatkan sebaiknya. (Anwar Ibrahim)

Pengiktirafan yang diberikan berkenaan peranan KPRU adalah sebahagian daripada arus perubahan yang begitu bermakna, kerana setelah sekian lama dibicarakan peri pentingnya badan penyelidikan ditubuhkan dan diberikan tempatnya dalam sistem Parlimen ala-Malaysia yang serba kekurangan, ini merupakan kali pertama seorang Ketua Pembangkang memandang berat aspek penyelidikan dalam erti kata menyokong penubuhan dan mengiktiraf peranan sebuah badan penyelidikan. Sebelum itu, sokongan penyelidikan adalah secara ad hoc tanpa sokongan padu daripada barisan ahli parlimen yang tidak memiliki peruntukan dan sumber kerajaan dalam hal ini. (Ooi Heng)

Product Info

9789675832697

270

Paperback

31 Dec 2012

Product Reviews