Sejarah Rakyat (Khususnya Perkembangan Nasionalisme) Malaysia

Syed Husin Ali

RM28.00


Quantity :

Product Description

Buku ini ialah untuk mengemukakan dengan ringkas Sejarah Rakyat Malaysia (dulu Malaya). Pendekatannya berbeza dengan yang biasa terdapat dalam buku-buku yang boleh dikatakan sebagai Sejarah Rasmi. Sifatnya lebih popular dan tidak akademik, supaya mudah dibaca oleh khalayak ramai, tidak kira muda ataupun tua.
Bidang sejarah rakyat Malaysia sangat luas dan tidak mungkin ditangani secara meliputi seluruhnya dalam sebuah buku sekecil ini. Oleh kerana itu penulis menumpu perhatian khususnya kepada satu sudut daripadanya sahaja, iaitu perkembangan nasionalisme atau semangat kebangsaan. Boleh dikatakan perkembangan nasionalisme ini merupakan aspek paling penting dalam sejarah Malaysia, kerana ia melibatkan fasa pembentukan negara-bangsa kita yang membawa banyak perubahan.

Product Info

9789670960838

204

Paperback

01 Jan 2017

Product Reviews