Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

Ahmat Adam

RM32.00


Quantity :

Product Description

Batu Bersurat Terengganu telahpun diterima sebagai salah sebuah artifak tertua yang boleh membuktikan kehadiran Islam di Malaysia dan secara amnya juga di Asia Tenggara. Sejak penemuannya pada tahun 1887 prasasti Terengganu itu telah menarik perhatian kaum sarjana dari berbagai bidang ilmu. Betapapun demikian, dalam buku ini Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam mempertikaikan  kajian terhadap prasasti itu yang selama ini memberikan tarikh yang salah iaitu 702 H. atau 1303 M., sedangkan tarikh yang sebenarnya ialah 708 H. atau 1308 M.

Suatu penemuan baru daripada hasil kajian Prof. Ahmat Adam, yang menggunakan kaedah filologi dan analisis sejarah, ialah bahawa penggunaan sistem kalendar peribumi telahpun wujud di Terengganu pada awal abad ke-14.

Ahmat Adam ialah Profesor Emeritus dalam bidang Sejarah di Universiti Malaysia Sabah. Lulusan dari School of Oriental & African Studies ini telah menghasilkan beberapa buah buku ilmiah, termasuk Sejarah Awal Pers dan Kebangkitan Kesadaran Keindonesiaan (Hasta Mitra & Perwakilan KITLV, Jakarta), Suara Minangkabau (Penerbit Universiti Malaya), Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia(SIRD) dan resensi terbaru (2016) Sulalat u’s-Salatin yang berdasarkan Naskhah Krusenstern, kini tersimpan di Perpustakaan Arkib Naskhah-Naskhah Oriental di St. Petersburg, Russia.

Product Info

9789670960753

112

Paperback

01 Jan 2017

Product Reviews