Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran?

Syed Husin Ali

RM18.00


Quantity :

Product Description

Buku kecil ini ialah mengenai satu perkara yang besar – Raja-raja Melayu. Terdapat sembilan orang Raja, terdiri daripada tujuh Sultan, seorang Raja dan seorang Yang di-Pertuan Besar bagi sembilan buah negeri. Selain itu, terdapat juga Yang di-Pertuan Agong, Raja bagi seluruh negara, yang dipilih secara bergilir lima tahun sekali oleh sembilan Raja itu.
Pendekatan penulis dalam buku ini adalah daripada tiga sudut, iaitu, semasa, sejarah dan perbandingan. Dari sudut semasa, beliau memeriksa kedudukan, peranan dan kuasa Raja-raja sebagaimana yang ditentukan oleh undang-undang dan diamalkan. Dari sudut sejarah, beliau susur galur perubahan yang telah dilalui oleh Institusi Raja melalui masa dan akibat pelbagai peristiwa atau pengaruh. Secara perbandingan pula, beliau melihat Malaysia dalam konteks pelbagai sistem di negara-negara berlainan dan perubahan kedudukan yang dialami oleh Raja masing-masing.

Akhirnya, buku ini cuba melakukan sesuatu yang hampir tidak mungkin, iaitu meramal apakah kemungkinan masa depan Raja-raja Melayu. Ia mengelak sensasi dan kontroversi.

Product Info

9789670630236

96

Paperback

01 Jan 2014

Product Reviews