PR1SMA: Koleksi Rencana Kontemporari Suara Anak Muda, Seni dan Budaya

Faisal Mustaffa

RM25.00


Quantity :

Product Description

‘Prisma’ – alat pembias cahaya yang menghasilkan spectrum berwarna-warni. Sebetulnya ia membawa konotasi menghargai kekayaan dan kerencaman kebudayaan masyarakat majmuk Malaysia dan mempercayai gagasan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.

Rencana-rencana yang terkandung di dalam PRISMA ini bersependapat budaya semua kumpulan etnik adalah khazanah manusia yang perlu dipertahan dan diperkembangkan, proses asimilasi ke dalam satu budaya arus perdana akan melunturkan kekuatan kebudayaan setempat dan seterusnya menyebabkan ia semakin homogeny dan akhirnya hilang kedinamikannya.

Pengalaman dan sejarah sesuatu budaya boleh memberi inspirasi kepada budaya yang lain sekaligus menghasilkan sinergi kebudayaan dan memperkukuhkan lagi kekuatan kebudayaan bangsa Malaysia. Prinsip umum ini terpakai untuk etnik minoriti di Malaysia, juga terpakai untuk muslim minoriti di Eropah.

PRISMA mendokong nilai-nilai kepelbagaian budaya, keadilan sosial dan demokrasi. Penulis-penulis dalam buku ini mempunyai prinsip yang selari dalam menentang fahaman autokrasi, perkauman dan sebarang taktik politik yang mengintimidasikan rakyat yang berbeza pendapat (disiden). Kami akan sentiasa berdepan dengan pihak berkuasa (The power) dan mendampingi kumpulan tidak berkuasa (The powerless).

PRISMA adalah satu initiative merapatkan hubungan antara kumpulan etnik Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, satu dana yang ditubuhkan pada 1985 untuk memperingati tokoh pendidikan Cina Cikgu Lim Lian Geok.

Product Info

9789670584140

358

Paperback

01 Jan 2015

Product Reviews