Tentang Kuda Tua, Pengharapan Kepada Tuhan & Keterujaan Si Dia

Azhar Ibrahim

RM25.00


Quantity :

Product Description

Antologi yang menghimpunkan empat puluh dua cerita pendek ini ibarat satu roller coaster ride yang liar. Semuanya berkisarkan pada kenangan, barangkali boleh jadi setiap satu cerita pendek itu akan membawa anda meniti semula laluan memori yang sudah lama terabai. Sedih, gembira, jijik, meluat, marah, benci, terhibur, ataupun sekadar satu reaksi kepada senggama minda yang mengelirukan, anda pasti akan berasa sesuatu. Bukankah itu tujuan yang sepatutnya terzahir tatkala anda meniti setiap butir perkataan yang dibaca?

‘Tentang Kuda Tua, Pengharapan Kepada Tuhan, & Keterujaan Kepada Si Dia’ sebenarnya ialah satu entiti majmuk rasa hati yang kemudian dipacu eksploitasi minda, dicerminkan oleh pengalaman sebenar tetapi digarap secara fiksyen supaya anda akan selalu diperingatkan – usai dihadam setiap cerita di dalam antologi ini – realiti dunia masih begitu; boleh jadi indah, boleh juga jadi palat.

Maka berhati-hatilah ketika membuat keputusan, akal dan hati haruslah seiringan. Fiksyen mungkin saduran, tetapi boleh juga jadi panduan. Jadi, jangan sesekali pernah berhenti berharap, apatah lagi kepada Tuhan.

Sambil-sambil bersandar pada kenangan, mungkin boleh juga berempat puluh dua kosong. Apa pun, sambil-sambil dalam keterujaan itu, always stay safe!

Product Info

9789671496312

291

Paperback

01 Aug 2017

Product Reviews