Madame Bokary II

Fikri Kacak

RM20.00


Quantity :

Product Description

‘Anak emak’ memang manja. Macam Fikri Kacak. Macam saya. Macam sebahagian kecil ‘anak emak’ di luar sana.
Bukan semua orang sukakan ‘anak emak’. Tetapi percayalah, kami punya peminat kami sendiri. “I suka you sebab you manja. Manja sangat. Macam kucing. I suka kucing, tau!” See! *Bahak*

Ada orang beritahu, kalau nak pikat ‘anak emak’ – kena pikat emaknya dulu. Sebab, 100% rahsia diri si anak berada di dalam genggaman si emak dan si emak bukannya tahu nak simpan rahsia sangat. “Kalau nak tahu, Elizabeth…., Si Fikri ni, masa umur dia dah 10 tahun pun masih kencing tilam lagi…” Tetapi selalunya, si emak akan cover semula si anak. “Sekarang dah ok. Dah tak kencing tilam dah.”

Ini bukanlah buku tentang kami – ‘anak emak’. Ini buku tulisan Fikri Kacak. Dalam buku ini Fikri KAcak bercerita tentang dia dan emaknya. Entahlah, semasa saya membaca teks buku ini, tiba-tiba saya rindukan arwah emak saya.

Tak kiralah kita ‘anak emak’ atau pun bukan – emak kita adalah sesuatu yang hampir untuk kita gambarkan tentang Apa Itu Syurga..

“Emak bukan apa, Long,” kata Emak sambil menahan sakit dek urutan pada tapak kakinya, “Emak cuma nak bagi kau peluang tengok-tengok dan belek-belek kai emak ni je. Kot la jumpa…”

“Jumpa? Nak Along cari apa?”

“Cari la… Kot-kot boleh jumpa pintu masuk syurga ke…”

…dan tentang Apa Itu Kelakar! Serius! Buku ni best dan kelakar.

Product Info

9789671331835

128

Paperback

27 Aug 2015

Product Reviews