Julai

M Faiz Syahmi & Embun Karina

RM25.00


Quantity :

Product Description

Di gurun tanpa batas, kukehilangan jiwaku lalu menemukan mawar ini. Mekar-kuncup ia sering termalu-yakin antara sedar dan mati. Apa pun jua yang mereka kata- fikirkan, kutetap di dalammu kerana aku adalah dirimu. Tidak akan wujud seorang pun dapat memahami perihal ini, hinggakan dia mampu melampaui relung fikirannya yang sunyi.

Sirat antara surat kadang diperlu-jelas bagi lara tampak bahagian menongkah kelim-kelim lapis yang terputus-carik mengoyak kanvas mengubat bingitnya kolong hati. Perkecilkanlah dirimu kasih, maka kau akan tumbuh lebih gah daripada dunia. Tiadakan durimu hingga nilai jadi sahabat akrab, maka nanti, jati dirimu akan terus terungkap, jenguk seraya menebar tanpa kata-kata.

Product Info

9789670774558

188

Paperback

Product Reviews