Halimunan

Nizam Zakaria

RM21.00


Quantity :

Product Description

Novel ini dimulakan dengan pembaca mengenali seekor kucing kelabu yang suka berceloteh bernama Prasasti. Prasasti adalah salah seekor dari enam saudara kembar Doraemon, seekor kucing robot dari masa akan datang berwarna biru yang menetap di Jepun.

 

Masdor adalah seorang pemuda berusia 20 tahun yang suka mengumpul piring hitam lama. Satu hari, Prasasti memintanya mencari sebuah piring hitam dari Sanisah Huri dan katanya, hidup dan matinya bergantung pada piring hitam itu. Ketika akhirnya berjaya mendapatkan piring hitam lama yang dinyatakan Prasasti di sebuah kedai antik di Central Market, dia telah terjumpa dengan sebuah foto lama yang menampakkan seorang wanita muda di Carnaby Street, London yang terselit di dalam sampul piring hitam tersebut. Di dalam pencariannya, dia mendapat tahu wanita di dalam gambar itu telah lama mati akibat membunuh diri dan meninggalkan dua orang anak- Sanisah yang seusia dengan Masdor dan mempunyai wajah saling tak tumpah dengan arwah ibunya dan Yusnor pula berusia 17 tahun.

 

Sanisah ingin merapati Masdor setelah Masdor bersetuju untuk menindik lidahnya. Sebelum ini tidak ada sesiapapun yang sanggup melakukannya dan dia yakin, mana-mana pemuda yang berani menindik lidahnya layak menjadi teman istimewanya.

 

Masdor akhirnya jatuh hati kepada Sanisah. Tetapi konflik akan timbul apabila dia mendapati kehidupan Sanisah penuh dengan titik-titik gelap yang membuatkan dirinya tak tentu hala. Masdor cuba mendekati Sanisah, tetapi setiap kali dia buat begitu, setiap kali itu juga Sanisah akan menjauhkan dirinya dari dirinya. Di dalam pada itu, Masdor akan menemui beberapa karakter yang akan mewarnai hidupnya yang akan membuat novel ini sebuah novel yang amat-amat cantik untuk dibaca.

 

Sanisah tiba-tiba memberitahu kepada Masdor bahawa dia akan melanjutkan pelajarannya di London lalu memberitahu Masdor dia akan membalas cintanya jika Masdor berada di gerbang Carnaby Street pada satu titik tarikh dan masa yang telah ditetapkannya.

 

Dengan bantuan Prasasti, Masdor akhirnya dapat ke London, tetapi di dalam keadaan yang tidak disangkanya…

 

Product Info

9789670584324

236

Paperback

Product Reviews