Broker Melayu Terakhir

Zulkarnain Zakaria | Noorzila Jamaludin

RM32.90


Quantity :

Product Description

Melangsungkan kesinambungan iltizam memasyaratkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi ransangan untuk menyuburkan pertumbuhan generasi baharu dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi nilainya.

 

---------------------------------------------------------------------------------------


Naskhah Yang Wajib Anda Miliki.

Menghimpunkan semua karya-karya yang diangkat sebagai pemenang Hadiah Utama dan Penghargaan kategori Cerpen Umum, Cerpen Remaja, Puisi serta rencana Sastera, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2016. Setiap karya masing-masing menampilkan keistimewaan dan kekuatan tersendiri dari segi pemikiran, tema, teknik persembahan serta keindahan bahasa.

Selain itu, naskhah ini turut menampilkan laporan Jawatankuasa Panel Penilai HSKU 2016 berkaitan kriteria-kriteria utama yang digunakan dalam menilai setiap karya yang dipertandingkan dan seterusnya diangkat sebagai pemenang . Tidak ketinggalan adalah laporan terhadap karya-karya yang memenangi kategori Novel Remaja dan Cerpen Media Baharu.

Naskhah ini wajar dijadikan rujukan untuk anda menghayati contoh-contoh karya yang berkualiti tinggi dan seterusnya menjadi penulis yang berwibawa. 

Product Info

9789672125624

330

Paperback

01 Nov 2017

Product Reviews