Metamorfosis

Nor Azidah Ishak

RM26.90


Quantity :

Product Description

Melangsungkan kesinambungan iltizam memasyaratkan sastera dan memartabatkan kedudukannya di peta tamadun bangsa. Menerusi hadiah ini, Kumpulan Utusan memberi ransangan untuk menyuburkan pertumbuhan generasi baharu dan memupuk istiqamah pengarang mapan dalam menghasilkan karya yang segar, maju, berseni dan tinggi nilainya.

 

---------------------------------------------------------------------------------------

Dennis Oh sanggup menolak tawaran daripada sebuah syarikat terkemuka di Amerika Syarikat untuk kembali ke Malaysia demi menguruskan empayar perniagaan milik bapanya. Bagaimanapun, impian pewaris tunggal keluarga Oh itu musnah sekelip mata apabila bapanya memutusakn untuk mendermakan seluruh hartanya kepada badan amal.


Lelaki muda kacukan Cina dan Korea ini membawa diri ke Vietnam untuk menhiburkan hatinya. Di sana, dia bertemu dan menyertai sekumpulan lelaki yang mencabarnya melakukan sesuatu di luar normal. Akibat perbuatan itu, Dennis nayris-nyaris kehilangan nyawanya gara-gara jangkitan cacing.

Pengalaman itu menyedarkan Dennis akan perkara sebenar yang berharga buat dirinya. Demi mencapai impiannya, Dennis menawarkan diri sebagai sukarelawan di Sudan Selatan bagi membantu program membasmi cacing Guinea. Dennis menemui sinar baru dalam hidupnya. 


Product Info

9789672125600

227

Paperback

01 Nov 2017

Product Reviews