Doktor, Saya Takut Jarum!

Dr Zubaidi Hj Ahmad

RM12.00


Quantity :

Product Description

Masyarakat hari ini semakin peka dengan tahap kesihatan mereka apabila setiap hari disogokkan dengan berita-berita kematian yang disebabkan oleh sesuatu penyakit. Kesedaran ini merupakan satu perkembangan yang positif, tetapi apa yang membimbangkan, terlalu banyak cakap-cakap orang yang tidak benar mengenai perubatan moden hari ini. Malah, ada yang lebih mempercayai bomoh daripada doktor yang bertauliah sekali gus mencetuskan kekeliruan masyarakat mengenai rawatan moden.

‘DOKTOR, SAYA TAKUT JARUM!’ mengupas beberapa persoalan dan salah faham yang sering ditanya oleh para pesakit. Isti mewanya buku ini, seti ap topik dipaparkan berdasarkan pengalaman penulis se bagai seorang doctor berserta kisah-kisah benar yang menarik dan lucu buat tatapan dan pengajaran kita semua.

Antara topik-topik menarik yang dibincangkan:

• Selamatkah makan mi segera?
• Deodoran menyebabkan kanser payudara?
• Cukupkah lapan gelas sehari?
• Lelaki dan kesuburan
• Anak dalam kandungan dilarikan bunian!
• Baby Walker: Adakah Selamat?
• Takut pada jarum: Benar atau mengada-ngada?

Product Info

9789831247761

232

Paperback

Product Reviews