Toksin Masuk Toksin Keluar

Dr Yasmeen

RM13.00


Quantity :

Product Description

Adakah anda berasa letih dan kejang urat saraf setiap kali bangun pagi?
- Berat badan anda tetap bertambah walaupun segala langkah-langkah pencegahan telah dilakukan? 
- Mempunyai darah tinggi dan kadar kolesterol yang tinggi? 
- Memiliki keturunan yang mempunyai arthritis atau sakit jantung?

Jika jawapan anda YA terhadap semua persoalan di atas, AWAS! Ada sesuatu yang berlaku di dalam sistem tubuh anda. Jangan biarkan masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda. Pastikan anda tahu puncanya dan atasi sebelum terlambat.

Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku di dalam sistem badan yang boleh menyebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pel-bagai jenis penyakit. 

Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab. Ia sebenarnya adalah hasil dari-pada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pilihan pemakanan yang betul di samping mengamalkan pengambilan nutrisi suplemen dapat memberi kita harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi

Product Info

9789831246603

160

Paperback

Product Reviews