Selumbar

Ikmal Ahmad

RM20.00


Quantity :

Product Description

Hidup aku seperti ada selumbar yang tertanam di dalam kaki.

Aku ada dua pilihan - membiarkan ia terus tertanam di situ atau menariknya keluar. Malangnya bagi aku, kedua-dua pilihan itu memaksa aku berdepan dengan kesakitan. Dibiarkan, kaki aku akan bernanah; menghalang aku untuk terus melangkah ke hadapan.

Ini kisah Razin, seorang yatim piatu yang tinggal di Kampung Bayangan. Seperti nama kampungnya, Razin hidup dalam bayangnya sendiri; menumpang kasih orang kampung serta dua rakan baiknya, Yasmin dan Arif. Di mata orang kampung, Razin adalah seorang ustaz muda yang disayangi seperti anak mereka sendiri.

Sufi baru kembali dari hijrahnya di Kuala Lumpur. Dia ingin menebus kembali matlamat hidupnya yang sebelum ini tak tercapai - yang dia percaya hanya bergantung kepadanya ibunya. Walaupun dia tahu yang mengubah bayang-bayang menjadi realiti adalah sesuatu yang mustahil, dia terpaksa membuat pilihan. Dia harus memilih antara hati ibunya atau hatinya sendiri.

Product Info

9789671391006

-

0

Softcover

25 Mar 2016

Product Reviews