Sepetang Di Busan

Ahmad Bin Abdul

RM25.00


Quantity :

Product Description

Buku ini merupakan kumpulan catatan-catatan penulis yang menceritakan kisah hidupnya dalam perantauan di negara Korea. Kisah-kisah yang dipaparkan adalah signifikan dan berkait antara satu sama lain.

Penulis merupakan pelajar yang mempunyai sikap negatif dan tidak endah atas satu-satu perkara yang sebenarnya perlu diambil perhatian. Penulis kemudiannya mengikuti pengajian jangka pendek di salah satu universiti di Busan, Korea bersama-sama dengan rakan-rakan sepengajiannya. Sepanjang pengajiannya itu, penulis menghadapi pelbagai-bagai permasalahan yang disebabkan perbezaan budaya dan fahaman di negara Korea. 

Kekurangan nilai-nilai untuk
mengubah diri menyebabkan penulis kekal dalam masalah, dan menambah masalah-masalah baru sehinggalah penulis menyedari keperluan untuk menyesuaikan diri di negara asing.
Beberapa tahun kemudiannya penulis telah menerima tajaan pengajian di Korea untuk jangka masa yang lebih panjang. Keputusan yang dilakukan oleh penulis untuk datang sekali lagi ke negara Korea adalah untuk mencabar diri untuk tinggal dalam persekitaran asing dan membetulkan fahamannya yang negatif. 

Namun, pemergiannya kali ini tidaklah yang lebih mudah dari yang disangka kerana terlalu banyak kelemahan yang dimiliki oleh penulis yang perlu diatasi untuk memastikan dirinya dapat kekal hidup dan berfungsi dalam persekitaran
dan sistem masyarakat yang baru.

Universiti yang menjadi persinggahan kali kedua penulis juga secara kebetulan berada di Busan. Permasalahan yang sering ditekankan dalam setiap catatan berkisar kepada masalah bahasa, masalah mencari makanan, dan situasi dan kesan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh penulis. Setiap keputusan yang dilakukan membentuk kepada cerita-cerita baru dan mungkin juga masalah-masalah yang baru.

Persekitaran dan kebudayaan Korea kali ini memberikan lebih banyak cabaran kepada penulis. Penulis terpaksa berhadapan dengan karenah-karenah masyarakat tempatan yang masih sukar untuk difahami olehnya, ditambah pula dengan kepelbagaian budaya dari pelajar-pelajar antarabangsa yang turut mengikuti pengajian yang sama dengan penulis di universiti yang sama. 

Pelajar-pelajar Korea yang diketemukan sepanjang tempoh satu semester itu banyak membuatkan pendirian penulis berubah-ubah kerana penulis mempunyai stereotaip negatif terhadap orang Korea. Menemukan lebih ramai orang Korea perlahan-lahan membentuk fahaman penulis yang lebih baik.

Product Info

9789671432709

0

Paperback

01 Jul 2016

Product Reviews