Jangan Goda Aku

Zura Rahman

RM27.00


Quantity :

Product Description

Lyn Jasmine punya prinsip hidup - sesuatu harus berubah. Dia yang sentiasa berperang dengan berat badannya yang bagaikan yo-yo, nekad untuk kurus.

Bagi Shen, jejaka kacak dan berkarisma; hidupnya serba sempurna dengan aura luar biasa. Lagaknya seperti diktator menunjukkan kuasa. Pejabat itu bagaikan kerajaan untuk bertakhta, daerah untuk dia bermaharajalela. Kesempurnaanya menyebabkan dia digelar ‘Mr. Perfect’. 

Bagi Lyn Jasmine, Shen ialah Mr. Perfect yang angkuh. Kata pakar psikologi, seorang mangsa akan cenderung mencari mangsa juga. Dan Lyn Jasmine telah terpilih sebagai mangsa Shen. Namun, kucing yang disangka jinak, rupa-rupanya menyimpan belang dalam diam.

“Kalau you tak ada sebarang perasaan sekalipun, I langsung tak hairan!”- Lyn Jasmine
I’m not in the business of falling in love.”- Shen 

Bagi Shen si Mr Perfect itu, tiada apa yang perlu berubah, sehingga...

“Beri I satu peluang, I akan berubah.” - Shen
“I don’t believe in changing people.”- Lyn Jasmine

Siapa sangka Mr.Perfect yang disangka sempurna itu sebenarnya menyimpan satu rahsia. Dan Lyn Jasmine yang biasa-biasa itu tiba-tiba kelihatan begitu sempurna. Rasa cinta luar biasa seorang lelaki yang sering dipersoalkan sehingga ia sudah terlewat.

“Biar dunia jadi saksi, I nak you tahu, I takkan pernah berhenti mencintai you.”- Shen
 

Product Info

9789678606035

624

Paperback

Product Reviews