Aku Tak Suka Kau!

Emy Raziela

RM28.00


Quantity :

Product Description

Dijadikan ‘cina buta’ untuk kepentingan manusia lain? Jahil dan kejamnya manusia itu. Sanggup Nina Natasha mempertaruhkan Iskandar demi mencapai kebahagiaannya sendiri. Kenapa sanggup dia menjatuhkan maruahnya hanya kerana cinta kepada bekas suami? Kerana keangkuhan dirinya, dia dihimpit derita yang tidak berkesudahan.

“Kalau kau nak tahu, aku masih mencintai Izz Zhafran dan aku tak boleh hidup tanpa dia! Aku menyesal kahwin dengan kau, Iskandar! Menyesal! – Nina Natasha

Semuanya bagaikan mimpi ngeri yang membuatkan Iskandar terlontar jauh. Mengapa semua ini terjadi, sedangkan dia terlalu sabar dan begitu setia pada isterinya?

“Setiap kali lepas solat, abang akan berdoa minta ALLAH lembutkan hati sayang dan terima abang sebagai suami sayang. Abang akan tunggu sampai hati sayang terbuka untuk abang.” – Iskandar

Iskandar terus berkorban demi untuk isteri tersayang. Apakah mampu dia memiliki sepenuh hati Nina? Atau berundur dari hidup Nina? Tanpa cinta, tiadalah bahagia. Tanpa kasih sayang, tiadalah kemesraan.

Product Info

9789678605458

572

Paperback

Product Reviews