Ajarkan Aku Wahai Ibu

Dr. Malina Osman

RM11.00


Quantity :

Product Description

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Berkorban nyawa tanda kasih. Kasihnya ayah tak sanggup berpisah. Berkorban raga rela binasa.

Aduhai ibu…. kasihnya pada kita tiada noktah. Jasanya tidak terhitung, pengorbanannya tidak terbalas. Doa dan kasihnya bagai selimut yang membaluti tubuh. Pelukannya umpama angin yang mendinginkan. Betapa lembutnya teguran diberi kala kita hanyut dalam kelalaian. Namun, alangkah hiba hati kecil mereka andai terguris dek kedegilan yang kita pamerkan. 

Dalam keseronokan mengejar duniawi, hadirnya insan rabbani ini membawa peringatan agar kita tidak terus terleka diulit mimpi. Bicaranya tersembunyi sejuta hikmah menuntun kita ke jalan bahagia. Halangnya bukan membantah. Nasihatnya untuk kebaikan. Beruntunglah siapa yang mendengar, rugilah mereka yang ingkar.

Ajarkan Aku Wahai Ibu… membawa kita menyelami hati seorang ummi yang membawa mutiara nasihat tidak ternilai buat anakanda tercinta. Fahamilah apa yang diucap. Hayatilah setiap bait yang tercatat. Pasti akan ketemu sesuatu yang bererti buat bekalan di kemudian hari. Percayalah… redha Rabbul Jalil terletak pada redhanya. Lalu, terimalah ia sebagai hadiah daripada seorang ummi yang menyayangi kita….

Antara yang menarik:
• lahirnya kita adalah dengan cinta 
• Mengamal dan merindu cinta hakiki 
• definisi cinta fatal 
• mengenal dosa 
• antara cuai dan sesat 
• di mana kita bermula 
• Mencari bacaan GPS kembali kepada al-Quran 
• kasih mereka adalah syurga 
• indahnya syurga 
• kembara seorang hamba

Product Info

9789678603751

256

Paperback

Product Reviews