Rejuvenasi Hati

Aiman Banna

RM25.00


Quantity :

Product Description

“Kenapa ada manusia dalam syurga dan kenapa ada dalam neraka? Kenapa tidak semua sahaja yang masuk syurga? Biarkan sahaja neraka itu kosong, tiada penghuni begitu sahaja.”
 
...mengapa Allah tidak jadikan semua manusia dalam syurga? Dan, tidak perlu ciptakan neraka. Biarlah semuanya ke syurga.
 
Sahabatku,
 
Di saat kita sedang khuatirkan diri kita di akhirat kelak; sama ada syurga ataupun neraka, ingin sekali saya bagi satu fakta yang akan menjadi halwa kepada jiwa. Penyejuk hati yang sedang gelisah tentang kedudukan diri di akhirat kelak.
 
...MANUSIA DICIPTA UNTUK SYURGA.
 
ya, bahkan tidak pernah pun ada istilah seorang manusia dicipta untuk neraka.
 
Janganlah kita fikir bahawa Allah sengaja cipta kita di dunia ini supaya kita masuk Neraka. Allah tidak pernah zalim dan selamanya Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang tidak pernah menzalimi hambaNya. Wallahi, tidak!
 
...Allah tidak ciptakan kita untuk dibakar di dalam neraka. Tapi Allah ciptakan kira kerana CINTA. Lalu, kenapa masih ada manusia dalam neraka?
 
"Kerana hati kita memilih untuk mendekatinya."
 
Maka ayuh… kita rejuvinasikan semula hati, supaya kita sedar akan cintaNya yang benar-benar hakiki.

Product Info

9789671475386

0

Paperback

31 Jul 2017

Product Reviews