Sirah 25 Rasul Fakta Vs Auta

Noor Shahira Ghazali

RM25.00


Quantity :

Product Description

“Rasul-rasul itu adakah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar tidak ada alasan bagi manusia untuk membantah ALLAH setelah rasul-rasul itu diutus. Dan ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Nisa’: 165)
PPELBAGAI kisah yang pernah kita dengar tentang para rasul ALLAH. Antaranya ialah kisah Nabi Adam dan buah khuldi, bahtera Nabi Nuh diperbuat daripada kayu kokka, bubur asyura Nabi Nuh, Nabi SAW dilindungi oleh burung merpati dan sarang labah-labah serta banyak lagi kisah pelik yang disandarkan kepada mereka.
Persoalannya, adakah setiap kisah yang disampaikan itu tepat? Adakah buku-buku yang menceritakan kisah kehidupan para rasul, semuanya berlandaskan kepada al-Quran dan juga hadith? Maka sudah tentu ini memerlukan kajian yang mendalam untuk mengetahui kesahihan kisah-kisah tersebut.
Buku ini menyajikan kisah para rasul yang sahih dan menyebutkan beberapa kisah yang palsu berdasarkan kajian ulama-ulama hadith. Pengetahuan dan pendedahan ini amat penting agar kita tidak terpengaruh dengan kisah-kisah yang tidak ada asal usulnya dan boleh menyebabkan fitnah kepada para utusan ALLAH yang mulia.

Product Info

9789678606257

0

Paperback

Product Reviews